Monday, April 27, 2009

Selesema lagi...


ATLANTA 27 April - Tatkala laporan mengenai meletusnya wabak selesema babi di seluruh dunia, satu soalan yang tidak boleh dielakkan ialah apakah ini wabak yang akan memusnahkan umat manusia?

Apakah ini epedimik selesema global yang telah lama dijangka dan dibimbangi oleh pakar-pakar kesihatan awam? Apakah ini virus pemusnah yang akan membunuh jutaan manusia di seluruh dunia seperti pandemik yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968?

Jawapan pendek ialah masih terlalu awal untuk mengesahkannya.

"Apa yang menjadikan keadaan sekarang agak sulit ialah kita mungkin berada di antara krisis kesihatan yang paling buruk atau mungkin sekadar akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan tidak muncul-muncul lagi.

''Atau satu permulaan kepada pandemik influenza yang sangat dahsyat,'' kata Michael Osterholm, seorang pakar mengenai wabak selesema global yang terkenal dari Universiti Minnesota.

"Kita tidak tahu menahu pada masa ini di manakah kita berada. Inilah masalahnya,'' ujar beliau.

Pegawai-pegawai kesihatan mahu mengambil setiap langkah untuk menghalang wabak ini daripada membunuh berjuta-juta orang. Menelaah influenza dikatakan satu bentuk ramalan kerana kerajaan Amerika Syarikat (AS) pernah meramal salah pada 1976 mengenai pandemik selesema babi yang tidak wujud pun.

Kes pada 1976, bermula dengan tentera-tentera AS di Fort Dix, New Jersey yang didapati jatuh sakit akibat satu bentuk selesema babi yang luar biasa.

Pegawai-pegawai persekutuan memberikan suntikan vaksin kepada 49 juta rakyat Amerika tetapi pandemik itu tidak berlaku.

Sehingga ke hari ini, pegawai kesihatan tidak tahu mengapa dan bagaimana virus 1976 itu berhenti dengan sendirinya.

''Pengajaran pertama ialah sesiapa sahaja yang cuba membuat telahan mengenai influenza sering tidak menjadi,'' kata Dr. Richard Wenzel, bekas presiden Persatuan Antarabangsa Mengenai Penyakit Berjangkit.

Namun para pegawai kesihatan telah diminta membuat ramalan apabila panik muka memuncak pada hujung minggu lalu.

Pusat merebaknya wabak tersebut ialah Mexico, di mana virus itu dikatakan menjadi punca kepada kematian 86 orang daripada anggaran 1,400 kes di seluruh negara itu sejak 13 April.

Sekolah-sekolah ditutup, upacara di gereja dibatalkan dan Presiden Mexico, Felipe Calderon memperkenalkan kuasa-kuasa khas untuk melaksanakan perintah kuarantin terhadap mereka yang dijangkiti virus tersebut.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, pakar-pakar menumpukan perhatian kepada satu bentuk selesema burung yang pertama kali meletus di Asia yang telah membunuh lebih 250 orang di seluruh dunia sejak 2003.

Pegawai kesihatan di seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan ia menjadi wabak global tetapi sehingga kini virus itu belum mempunyai keupayaan untuk berjangkit dengan mudah dari seorang manusia ke seorang manusia yang lain. - AP

p/s : nnt selesema nate gapo plok??

Sunday, April 26, 2009

3 kereta..

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di

lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil

putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada

orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil

tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan

kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta

pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7

berhenti di sebelah kancil tadi. "ada apa nie

pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia

dalam lingkungan 20an."aha rosak "jawap pakcik

tu simple aje... .



"ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat

kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai

tol"mamat nie bagi idea.



"worrait gak tu... ",tapi... .nanti kalau pakcik rasa

awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high

beam"

"ok pakcik"..

mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil

didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper

evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-

hati.Dalam lima kilometer mamat nie laju le

sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam

la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang

dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa

muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak

rapat nak kejar ferrari nie... lupa la pulak dia

dengan kancil org tua yg diikat kat belakang

kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun

hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7

tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan

pilak polis ada buat speed trap kat bawah

jambatan.

Vrooommm... ... bedesup peginye...

ini dah lebih speed limit nie... kate polis nie..cecah

250kmj memasing nie...

dia pun contact la kengkawan dia kat depan

supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"over..over,ada tiga buah kenderaan memandu

melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan

sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak

percaye punye... ... ... sebuah kancil putih tengah

cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak

potong!!!

Thursday, April 23, 2009

3 sahabat..

Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekoq tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ka~? Takpa2, nnt ptg sat g kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekoq tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..

Masuk ja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang nuu, biaq saya jadi imam."

Tok imam pun unduq la ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.

Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jaa tokkkk!!"

Lalu batal lah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.

Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji laa si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknya si Ciko berkata,

"He he he, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang.

He he he he..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

Monday, April 6, 2009

I'm so tired..

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana terlebih kerja… nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 27 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 25.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 24 juta orang.

Dari 24 juta ini, 9 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,universiti dll). Jadi tinggal 15 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 15 juta ini, 6 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 9 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat dll.) pasal diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan. Dah tinggal 6 juta orang yang boleh buat kerja….

Dari jumlah itu, tolak 3.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS [Voluntarily Separation Scheme], orang2 tua, fresh university student,kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja….

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja…
Dan 2 orang itu adalah ENGKAU DAN AKU…

Dari dua orang ini… engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung…
Jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…

MANA AKU TAK LETIH!!
Jadi sedarlah skit…. dahhhh..!!! pi study!!!

Friday, April 3, 2009

Pak Ali yang tamak...

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.


Pari Pari: Kenapa dengan kau?


Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.


Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.


Pari Pari: Inikah kapak kamu?


Pak Ali: Tidak.


Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.


Pari Pari: Inikah kapak kamu?


Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.


Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.


Pari Pari: Inikah kapak kamu?


Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.


Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.


Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..


Pari Pari: Kenapa kau bersedih?


Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.


Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.


Pari Pari: Inikah isteri kau?


Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."


Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".


Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab,

"Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".