Tuesday, March 31, 2009

Yang mane satu....~walayan~

Yang mana satu
Idaman kalbu
Tidak tertahan
Menanggung rindu
Mungkinkah jauh
Berbatu-batu
Atau di balik
Awan yang biru

Kalaulah aku
Jadi temanmu
Masak-memasak
Serah padaku

Kalaulah aku
Jadi suami
Kain baju
Aku cuci

Hai tukang masak
Aku tak sudi
Hai tukang cuci
Menyakitkan hati
Aku mencari
Biar berpadan
Asal di hati
Dapat berkenan

Inilah dia
Yang dicari-carinya
Misai tebal
Ular sawa

Ini orangnya
Idaman dara
Lawa tiada
Manis ada

Oh sungguh susah
Cari pasangan
Tak mau yang gagah
Kurus pun bukan
Hati dah bosan
Tidak berkenan
Sebab perangai
Tidak siuman

Biarlah setan
Ataupun hantu
Cukup bulan
Makan batu

Biarlah hantu
Atau jembalang
Balik kampung
Tanam kacang

Thursday, March 26, 2009

Bekerja dibawah terik matahari dan didalam bilik berhawa dingin

Ramai yang akan menolak untuk bekerja berat dibawah terik matahari.Semua mengidamkan untuk bekerja di dalam bilik berhawa dingin di kerusi yang empuk.

Adakah korang perasan tentang perbezaan antara bekerja dibawah terik matahari dan didalam bilik berhawa dingin?Ramai yang akan menolak untuk bekerja berat dibawah terik matahari.Semua mengidamkan untuk bekerja di dalam bilik berhawa dingin di kerusi yang empuk.

Adakah korang perasan tentang perbezaan antara bekerja dibawah terik matahari dan didalam bilik berhawa dingin?

Jika difikirkan balik, bekerja dibawah panas matahari itu memang memenatkan tapi hasilnya memang berbaloi.Penatnya adalah dari segi fizikal. Sengal-sengal badan. Sapu minyak urut boleh hilang. Kepala pun tidak serabut sangat. Sebab itu, ramai indon-indon datang kesini untuk mecari rezeki. Duit yang mereka dapat boleh menampuh seluruh keluarganya dikampung.

Bekerja di bilik berhawa dingin pula memerlukan kita menggunakan otak kita untuk fokus kepada kerja. Untuk bekerja di pejabat, otak diperlukan untuk befikir. Banyak tenaga digunakan untuk befikir.Duduk didalam pejabat berjam-jam lamanya boleh membuatkan kepala menjadi tepu.Kadang-kadang stress boleh berlaku kerana tekanan kerja seperti dimarahi bos, kerja yang menimbun-nimbun dan sebagainya. Silap hari bulan boleh menjadi otak kita mereng(gila) kerana terlalu memikirkan sesuatu.Selain dari tekanan kerja, sangkut di trafik jam sebelum pergi kerja dan juga balik kerja.Masa untuk bersenam amat terhad.

Lain pula dengan bekerja dibawah matahari terik. Bekerja boleh dianggap bersenam kerana peluh akan keluar mencurah-curah. Stress kurang berlaku. Keburukannya adalah efek dari cahaya matahari, bahaya pun kadang-kadang berlaku.

Oleh itu, mana satu korang rasa lebih bagus? Tepuk dada tanya selera masing-masing. Kehidupan yang baik tidak semestinya dari kesenangan yang kita kecapi, apa yang penting adalah kita ikhlas dengan apa jua yang kita lakukan. Rezeki yang halal ada dimana-mana.

p/s : just for sharing....

Saturday, March 21, 2009

StarBucks..


Macam2 menu ada termasukla Karamil Makiatu, Cahaya Latti, dan Anggur Perapucino.

Pingu di Petronas...


kiut eh...
hahaha..

Thursday, March 5, 2009

Karangan terbaik UPSR 2008

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.